Harga minyak AS jatuh paras sifar untuk kali pertama, naik semula hari ini

1342

Semalam, harga minyak di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan jatuh ke paras negatif buat pertama kali. Ia berlaku berikutan lebih bekalan dalam pasaran yang memaksa pedagang untuk mengambil komoditi itu.

Menurut AFP, penurunan harga itu ialah satu kesan dari pandemik Covid-19 yang memaksa berjuta orang di seluruh dunia untuk tinggal di rumah bagi mengawal penyebarannya.



Ia seterusnya memberi kesan besar kepada ekonomi selain perang harga antara pengeluar utama iaitu Rusia dan Arab Saudi.

Matt Smith dari ClipperData melaporkan kepada AFP bahawa harga negatif pada Isnin itu merupakan kesan dari kekurangan bekalan sebelum tarikh hari Selasa. “Dalam dua hari, perkara ini akan reda dan kembali kapada asal,” katanya.

Namun harga minyak AS itu dilaporkan meningkat semula ke atas paras sifar hari ini. Kontrak penanda aras minyak AS, West Texas Intermediate bagi penghantaran Mei berada pada paras AS$0.56 setong selepas ditutup -AS$37.63 di New York.

Ruang tidak mencukupi untuk menyimpan minyak di tengah-tengah lebihan semasa, yang bermaksud terdapat sedikit pembeli bagi komoditi berkenaan.

Kontrak WTI Mei berakhir pada Selasa, dan kontrak bagi penghantaran Jun kini didagangkan secara lebih aktif.

Ia mencatat kenaikan sederhana pada Selasa setelah jatuh teruk sehari sebelumnya, meningkat ke paras lebih AS$21 setong.

Sumber: AFP dan Berita Harian

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here