Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan tempoh dua minggu lagi iaitu masuk fasa keempat yang bermula 29 April sehingga 12 Mei ini.
Menurutnya, dalam tempoh berkenaan kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menentukan langkah-langkah seterus.
“Saya tidak menolak berkemungkinan PKP dilanjutkan lagi selepas ini. Dan ini bermakna mungkin tidak boleh menyambut hari raya (Aidilfitri) di kampung seperti biasa. Saudara saudari masih masih tidak lagi boleh bekerja kecuali sektor yang dibenarkan, perniagaan masih belum dibuka sepenuhnya.
“Walaubagaimanapun, jika kes Covid-19 terus mencatakan penurunan yang ketara, maka kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan secara bertahap sama dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial, ini membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa.
“Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan menyeluruh mengenai perkara ini,” katanya sebentar tadi.