Harga bahan api masih kekal rendah untuk minggu 25 April hingga 1 Mei 2020, dengan RON95 dan RON97 kekal sama, dan diesel mengalami penurunan 3 sen.
Trend ini sebenarnya sama dengan minggu lepas (18 hingga 24 April) dimana RON95 dan RON97 kekal, manakala diesel turun 3 sen.
Bermula tengah malam ini, harga bahan api akan dijual seperti berikut:
- RON95: RM1.25 (tidak berubah)
- RON97: RM1.55 (tidak berubah)
- Diesel: RM1.40 (turun 3 sen)
Kami jangkakan minggu depan atau dua minggu lagi, harga bahan api ini semua akan kembali meningkat kerana harga minyak mentah dunia telah dilaporkan meningkat.