Covid-19: Misteri Ford Popular 103e ditemui tertanam di belakang rumah

2532

Seorang lelaki dikenali sebagai John Brayshaw berasal dari Heckmondwike, United Kingdom, turut melakukan apa yang dilakukan oleh masyarkat lain di seluruh dunia ketika ini iaitu berada di rumah bagi memutuskan rangkaian pandemik Covid-19.

Ford Popular 103e

Untuk meluangkan masanya, dia merancang untuk membina dek di halaman belakang rumahnya. Dia memulakan proses menggali tanah dan tidak lama selepas itu, terpaksa menghentikannya kerana menemui sebuah kereta tertanam di kawasan berkenaan.



Jentera itu juga dikenalpasti merupakan sebuah Ford Popular 103e keluaran tahun 1955 sehingga 1956. Menurut laporan, satu-satunya bahagian yang hilang dari kenderaan tersebut adalah tayar. 

Ia masih dilengkapi dengan enjin dan juga nombor plat. Jadi Brayshaw menggunakan petunjuk itu untuk mengenalpasti bagaimana ia boleh tertanam di bawah tanah halaman belakang rumahnya.

Contoh sebuah Ford Popular 103e

Sayangnya, maklumat mengenai jentera berkenaan gagal diperoleh. Dia juga bertanya kepada pemilik rumahnya sebelum ini.

Bagaimanapun, pemilik sebelum ini memaklumkan mereka tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan kereta itu walaupun sudah tinggal di rumah itu selama 5 dekad. Ini bermakna, Ford Popular 103e terbabit tertanam lebih dari 50 tahun.

Brayshaw percaya ia mungkin milik seseorang yang bekerja di perkhidmatan rahsia, kerana kereta itu tidak pernah didaftarkan dan tidak ada catatan rasmi mengenainya.

“Saya diberitahu bahawa pada akhir perang dunia kedua ada kemasukan orang [yang tinggal di kawasan kejiranan] yang dulu bekerja untuk perkhidmatan rahsia,” katanya. 

Brayshaw kini mempunyai dua pilihan iaitu membiarkan kereta itu berada di halaman belakang rumahnya dan siapkan deknya di tempat lain, atau meminta jentera berat mengalihkannya, dengan harapan dapat menemui info baru tentang jentera tersebut.

Seperti dilihat pada gambar, keadaan jentera tersebut sangat buruk dan sudah tentu memerlukan kos yang tinggi untuk memulihkannya.

Ford Popular 103e dibina di United Kingdom antara tahun 1953 dan 1962. Semasa pelancarannya, ia merupakan kereta baru yang paling murah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here