Trend pengeluar kereta mewah dalam melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) turut diikuti pengeluar automotif seperti Aston Martin. Dilaporkan, SUV pertama dari pengeluar Britain itu masih menggunakan nama DBX.
Boss baru Aston Martin, Lawrence Stroll mendedahkan, mereka akan memulakan pengeluaran SUV selepas kilang dibuka semula pada 27 April 2020.
“Matlamat kami adalah untuk memulakan semula operasi pembuatan dan memulakan pengeluaran SUV jenama DBX pertama, dan mengembalikan organisasi ke operasi penuh,” kata Lawrence Stroll.
Buat masa sekarang, Aston Martin menghentikan pengeluaran di dua kilang mereka pada akhir Mac lalu disebabkan oleh lockdown yang dilaksanakan pemerintah tempatan bagi menghentikan penularan pandemik Covid-19.
“Pada tahun pertama ini, kami akan menyusun semula perniagaan setelah kilang kembali beroperasi seperti biasa,” kata Lawrence.
Untuk maklumat, Lawrence Stroll adalah ahli perniagaan yang berasal dari Kanada, yang baru saja mengambil alih Aston Martin untuk menaikkan semula nama syarikat tersebut dan memberi saingan di pasaran automotif dunia.