Kini dengan pacuan roda belakang, Lamborghini perkenalkan Huracan EVO RWD

2594

Syarikat pengeluar kenderaan dari Itali, Lamborghini telah memperkenalkan tambahan bagi keluarga Huracan mereka. Dikenali sebagai Huracan EVO RWD, jentera yang menampilkan pacuan roda belakang ini direka untuk pemandu yang inginkan pemanduan yang lebih lincah terutama ketika berada di selekoh.

Seperti model terdahulu iaitu Huracan EVO AWD yang diperkenalkan setahun lalu, jentera terbaru ini dikuasakan oleh enjin NA 5.2-liter V10 yang mampu menghasilkan sehingga 610hp dan 560Nm tork. Semua kuasa ini dihasilkan ini disalurkan hanya ke roda belakang.



Jentera ini juga dilengkapi dengan sistem stereng dinamik yang ditala khas, dimana ia akan memberikan pemandunya melakukan aksi ‘drift’ secara terkawal tanpa menjejaskan aspek keselamatan.

Ini kerana jentera ini dilengkapi dengan Performance Traction Control System (P-TCS) baharu, yang menyediakan tiga mod pemanduan iaitu Strada, Sport dan Corsa.

Mod Strada (Street)

Dalam mod ini, sistem Performance Traction Control System (P-TCS) akan meminimumkan tahap gelinciran roda belakang untuk memastikan keselamatan dan kestabilan dalam semua keadaan. 

Mod Sport

Mod ini akan menyebabkan penyaluran tork akan dihadkan dan membolehkan pemandu memperoleh sudut ‘oversteer‘ yang lebih besar dan membolehkan jentera ini melakukan ‘drift‘.

Mod Corsa (Race)

Mod ini pula akan memberi keseimbangan pada tahap gelinciran dan cengkaman. Ini membolehkan pemandu memecut keluar dari selekoh dengan lebih pantas untuk mencatat rekod masa yang baik.

Dari segi prestasi, jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 3.3 saat iaitu 0.4 saat lebih perlahan dari model AWD. Walau bagaimanapun, kelajuan maksimum jentera ini kekal pada 325km/j.

Dengan versi baru yang menyediakan pacuan roda belakang ini, Lamborghini telah berjaya mengurangkan berat jentera iaitu sebanyak 33kg, dengan berat keseluruhan terbaru jentera ialah 1,389kg.

Untuk harga, Huracan EVO RWD ditawarkan pada harga bermula dari EUR159,443 (RM730,947).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here