Pengasas pakaian perlindungan motosikal Alpinestars, Sante Mazzarolo, dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu (2 Mei 2020).
Beliau dikatakan meninggal dunia pada usia 91 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.
Untuk permulaan, Sante telah mengasaskan Alpinestars pada tahun 1963 di Asolo, Itali. Nama Alpinestars itu sendiri diilhamkan dari nama bunga Stella Alpina atau Edelweiss yang tumbuh di dataran tinggi di sekitar lokasi syarikat berkenaan.
Sante juga adalah orang yang bertanggungjawab mencipta kasut khas untuk acara perlumbaan motosikal. Bukan hanya berfungsi sebagai pelindung, tetapi keselesaan dan reka bentuk juga dititikberatkan oleh Sante.
Alpinestars mula diurus oleh anak Sante, Gabriele Mazzarolo, bermula pada tahun 1993.
Alpinestars mempunyai pejabat di Los Angeles dan Bangkok, sementara ibu pejabat serta kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D ) berada di utara Itali.
Alpinestars turut menaja beberapa pelumba MotoGP. Mereka adalah Marc Márquez, Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa, Andrea Dovizioso, Maverick Viñales, Fabio Quartararo, Cal Crutchlow, Rlex Rins, Takaaki Nakagami, Francesco Bagnaia dan Álex Márquez.