Bintang bola sepak terkemuka di dunia, Cristiano Ronaldo menghadiahkan ibunya, iaitu Dolores Aveiro sebuah kereta Mercedes-Benz GLC Coupe sempena Hari Ibu.
Berbeza dengan kita di Malaysia yang menyambut Hari Ibu pada 10 Mei 2020, di Portugal, ia disambut pada 3 Mei 2020. Ibu kepada pemain yang kini beraksi untuk pasukan Juventus tersebut berkongsi detik ini dalam akaun Instagramnya iaitu @doloresaveiroofficial.
“Terima kasih kepada anak-anak saya atas hadiah yang saya terima hari ini. Selamat Hari Ibu,” tulisnya.
Jentera tersebut masih dilengkapi dengan ikatan riben merah sementara ibu Ronaldo, Dolores berdiri di sisi jentera sempena hadiah hari ibu tersebut sambil memegang bunga.
Posting tersebut juga mendapat maklum balas dari anak perempuannya iaiti Katia. Katia mengatakan ibunya berhak mendapat hadiah itu dan dia dan adik-beradiknya akan selalu menjaga ibunya.
“Anda layak mendapatkannya, kami akan berada di sini untuk menjagamu … Selamat hari ibu wanita tua saya,” tulis Katia.
Jika di Malaysia, jentera tersebut berharga sekitar RM420k. Jentera ini dilengkapi dengan enjin 2.0-liter 4-silinder turbocharged yang mampu menghasilkan 258hp dan 370Nm tork. Ianya turut disertakan dengan tansmisi automatik 9-kelajuan yang menghantar kuasa ke semua roda.
Jentera ini bukanlah kereta pertama yang dihadiahkan Cristiano Ronaldo kepada ibunya. Sebelum ini Ronaldo juga pernah memberi hadiah sebuah kereta ketika ulang tahun ke-62 ibunya.