11 soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai aplikasi Gerak Malaysia

3275

Seperti semua sedia maklum, kita telah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 4 tetapi kerajaan telah mewartakan dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dan bermula esok (7 Mei 2020), mereka yang terkandas akan memulakan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing secara berjadual mengikut kawasan.

Imej: UPND

Namun begitu, masih ada yang belum jelas mengenai aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, iaitu aplikasi yang diperlukan untuk membolehkan mereka yang terbabit melakukan perjalanan.



Di sini kami lampirkan soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai aplikasi ini.

A. Garis masa aplikasi mudah alih Gerak Malaysia versi 2.0

  • 4-5 Mei 2020: Kemaskini maklumat destinasi
  • 6 Mei 2020: Analisa maklumat perjalanan
  • 7-10 Mei 2020: Perjalanan antara negeri

B. Perjalanan Antara Negeri

  1. Terdapat persoalan mengenai perbezaan di antara Alamat Asal dan Alamat Destinasi dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Senario Pertama: Saya terperangkap di kampung dan ingin pulang ke rumah di kawasan saya bertugas.

ALAMAT ASAL: Alamat kampung di mana anda berada

ALAMAT DESTINASI: Alamat rumah di kawasan bertugas

Senario Kedua: Saya ingin mengambil ahli keluarga yang terperangkap di kampung:

ALAMAT ASAL: Alamat semasa di mana anda berada

ALAMAT DESTINASI: Alamat lokasi yang ingin dituju (contoh: kampung, asrama, dsb.)

  1. Bilakah Perjalanan Antara Negeri dapat dilaksanakan?

Jadual perjalanan adalah seperti berikut:

  • 7 Mei 2020: Dari Kuala Lumpur
  • 8 Mei 2020: Dari Perak, Johor & Kelantan
  • 9 Mei 2020: Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 10 Mei 2020: Dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
  1. Keserasian telefon pintar bagi memastikan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia berfungsi.

Telefon pintar yang telah diubahsuai (rooted) perisian operasi (firmware) didapati tidak boleh menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Untuk menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, anda memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem dan keserasian kandungan yang berkaitan, akses Internet dan perisian operasi yang serasi.

Bagi pengguna peranti Android, aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan digunakan dengan perisian operasi 5.0 (Lollipop) ke atas.

Bagi pengguna iOS pula, peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas.

  1. Saya telah mengisi alamat yang salah dalam ruangan alamat asal dan alamat destinasi, bolehkah saya membuat pembetulan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

Boleh, sekiranya terdapat kesilapan ketika mengisi maklumat dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, anda boleh membuat pembetulan bila-bila masa sahaja dalam aplikasi tersebut.

  1. Saya ingin mengambil keluarga saya yang kini berada di kampung. Perlukah semua ahli keluarga membuat permohonan di dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

Semua ahli keluarga yang berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai telefon pintar mestilah mendaftar dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Ini termasuk pasangan suami isteri dan anak-anak yang ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman masing-masing.

Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah tidak perlu didaftarkan dan boleh di bawa bersama semasa perjalanan.

  1. Senario yang dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
  • Ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap di rumah saya yang ingin pulang ke kampung.
  • Saya ingin menghantar ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap ketika berlangsungnya Perintah Kawalan perjalanan (PKP).
  • Saya ingin mengambil isteri dan anak yang terperangkap di Gerik. Saya akan membuat perjalanan dua hala ke Gerik dan pulang ke Petaling Jaya.
  • Saya merupakan penduduk asal Batu Pahat, Johor yang kini bekerja sambilan di Putrajaya sambil menunggu keputusan SPM 2019. Saya berhasrat untuk pulang ke rumah keluarga dan untuk makluman, ayah saya akan mengambil saya di Putrajaya dan membawa saya pulang ke Batu Pahat.
  • Anak-anak saya pergi bercuti di rumah atoknya di Senai sebelum PKP dan saya ingin mengambil mereka pulang ke Klang.
  • Saya terperangkap di rumah mertua dan ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman sendiri.
  • Muatan kenderaan adalah 1 pemandu dan 3 penumpang. Maksima sebanyak 4 orang dalam kenderaan.
  1. Senario yang tidak dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
  • Perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia hanya diguna pakai bagi senario terperangkap sahaja dan senario berikut adalah contoh-contoh perjalanan yang tidak dibenarkan:
  • Pensyarah atau tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampung.
  • Menggunakan tempoh perjalanan ini untuk bercuti atau balik kampung.
  • Pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk tujuan kerja.
  • Keluarga yang menetap di sebuah negeri ingin pergi ke negeri lain untuk bersama ahli keluarga yang berkerja di negeri tersebut.
  • Apa-apa tujuan merentas sempadan atas urusan peribadi dan tidak melibatkan senario terperangkap.
  1. Senario yang belum mendapat kelulusan bagi memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
  • Perjalanan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
  • Perkhidmatan bas ekspres dan keretapi dalam waktu perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.
  1. Sekiranya saya tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi yang tiada rangkaian perkhidmatan, bagaimanakah saya perlu memohon untuk perjalanan pulang ke rumah saya?

Jika tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi tiada rangkaian sila membuat permohonan di balai polis berdekatan secara manual.

  1. Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir menggunakan aplikasi digital?

Bagi individu yang menghadapi masalah untuk mengguna aplikasi dalam telefon pintar, dinasihatkan agar mendapat bantuan dari saudara mara, jiran atau rakan berdekatan untuk membuat permohonan.

  1. Apakah jenis kenderaan yang dibenarkan dalam tempoh perjalanan?

Hanya kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing/teksi dibenarkan untuk perjalanan, namun kenderaan persendirian tidak termasuk semua jenis motosikal.

 

Gerak Malaysia berhak untuk mengubah dan mengemas kini Soalan-Soalan Lazim berkenaan, sebagaimana difikirkan sesuai. Maklumat adalah tepat pada masa ia disiarkan. 

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here