Keinginan kanak-kanak yang tidak dipenuhi sering menyebabkan kemarahan mereka. Mereka akan menangis dan merajuk tanpa henti.
Akan tetapi, hal tersebut tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak yang berasal dari Utah ini. Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun tersebut mengambil tindakan yang mengejutkan dimana dia nekad untuk pandu kereta milik ibunya untuk pergi ke California.
Pada mulanya, pegawai polis yang bertugas di kawasan tersebut melihat sebuah kereta yang bergerak dalam kelajuan 50km/j. Tetapi, polis tidak melihat kepala pemandu dan menyangka ada masalah dengan pemandu tersebut.
Tetapi ketika dihentikan, pegawai polis agak terkejut ketika melihat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun pandu kereta tersebut. Kanak-kanak itu hampir menangis ketika polis menghentikan kereta yang dipandunya.
“Dia bernasib baik kerana mampu mencapai pedal brek sehingga keretanya berhenti ketika saya menahannya. Saya harus membantunya memarkir kereta,” kata polis.
Kanak-kanak itu mengaku mahu ke California untuk membeli sebuah Lamborghini. Dia mengaku telah memintanya kepada ibunya tetapi tidak permintaannya tersebut tidak dipenuhi. Oleh itu, dia nekad untuk pergi sendiri ke California.
Seperti yang kita tahu, supercar dari Itali tersebut mempunyai harga yang sangat mahal, sedangkan budak lelaki tersebut hanya membawa USD3 (RM13) di dalam poketnya.