Modenas kini telah menambah hari operasi untuk pusat-pusat servis sah yang terpilih daripada 2 hari kepada 4 hari seminggu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan.
Penyambungan semula operasi selepas jualan Modenas akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI.
Ini termasuklah waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan setiap masa.
Pusat Servis MODENAS Terpilih
Di bawah ini disenaraikan pusat-pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan serta waktu operasinya:
Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor
Hari operasi: Empat hari seminggu (Isnin hingga Khamis)
Waktu Perniagaan: 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Permulaan: 4 Mei 2020, sehingga diberitahu kelak
Pusat-pusat servis ini akan terus melayani pelanggan dengan temu janj. Para pelanggan boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis.
Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.
Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada.
Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini.
Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.