Gambar-gambar lejen Audi Quattro ini dihasilkan semula dengan Lego!

3109

Seorang jurugambar dari UK, Dominic Fraser telah mengambil pendekatan lain sepenuhnya ke atas minatnya terhadap Audi Quattro. Dia mewujudkan semula atau mengulang saat-saat cemerlang kereta itu dalam dunia rali dengan menggunakan Lego sepenuhnya.

Dominic mulanya mahu mencari sesuatu yang kreatif untuk dilakukan pada masa lockdown ini. Dia ternampak alatan kameranya yang tidak digunakan lantas mengambil keputusan mencipta sesuatu yang unik.



Aktiviti mudah itu akhirnya menjurus kepada himpunan lebih dua dozen “detik-detik” Audi Quattro menggunakan Lego. Setiap satunya dihasilkan dengan perincian yang mendalam bukan sahaja pada kereta, malah kepada persekitarannya.

Imej dari rali Monte Carlo 1985? Tiada “orang ramai” kali ini, cuma memfokus kepada tekstur batu-batu berserta suasana suatu tengahari.

Gambar Audi Quattro di udara? Kereta Lego itu sebenarnya digantung menggunakan wayar halus untuk diposisikan dengan tepat dalam lensa kamera. Memang banyak perincian yang diberikan pada semua shot ini.

Tetapi Dominic pun bukanlah calang-calang. Dia sebenarnya seorang jurugambar profesional yang telah bekerja dengan Aston Martin, Bugatti dan BMW. Dia juga Duta Pengimejan untuk kamera-kamera Sony.

“Jumlah masa yang diambil bergantung kepada scene atau suasana tempat itu. Ia biasanya mengambil masa kira-kira 1-2 jam untuk dibina sebelum gambar boleh diambil,” kata Dominic.

“Perincian juga banyak memakan masa. Mahu dapatkan kesan debu atau salji mengambil masa dan trial and error.

“Saya suka mengkaji perincian yang ada pada gambar-gambar asal. Saya memang berminat untuk menghasilkannya semula tapi sudah tentu mencabar dengan kereta sebenar.

“Asas-asas fotografi masih diperlukan dalam usaha ini. Asalkan pencahayaan betul, saya berpuas hati dengan hasilnya,” ujar Dominic.

Bagi kami yang meminati kereta dan Lego, apa yang dibuat oleh Dominic ini sangat-sangat rare dan unik! Anda ada apa-apa perkara menarik dihasilkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here