Budak perempuan 4 tahun catat rekod 250 pusingan di litar Nurburgring

1439

Beberapa tempat di seluruh dunia yang terjejas akibat pandemik Covid-19, terutama di Eropah kini kembali pulih.

Kilang pengeluaran kereta telah meneruskan pengeluaran dan litar Nurburgring juga telah dibuka untuk kunjungan pelawat sejak 30 April.

litar Nurburgring



Dengan litar yang kembali dibuka, pelawat ini merupakan yang termuda, kembali mengunjungi litar tersebut dan membuat pusingan ke-250 nya di litar tersebut. Semua pusingan yang telah dilakukan telah dirakam oleh ayah kepada budak perempuan tersebut.

Berusia empat tahun, Analiese dan ayahnya iaitu Robert Mitchell telah menyiarkan video mereka di YouTube. Pada usia yang sangat muda, Analiese sudah mempunyai lebih banyak pusingan di litar Nurburgring berbanding individu yang berusia lima hingga enam tahu lebih tua darinya.

Seperti yang dikongsi oleh Mitchell pada keterangan video, Analiese telah melakukan beberapa pusingan di litar tersebut dengan menaiki kereta yang berbeza. Sebilangan besar kereta tersebut adalah kereta Eropah tetapi yang paling banyak adalah Porsche, termasuk 718 Cayman GTS.

Sudah tentu, Analiese berada di tempat duduk kanak-kanak yang betul, dan ayahnya juga sudah tentu tidak akan memandu dengan kelajuan yang tinggi kerana faktor keselamatan.

Suatu hari nanti, sudah tentu gadis ini akan menjadi dewasa dan kembali ke litar Nurburgring sambil mengimbau kembali kenangan bersama ayahnya di litar tersebut.

Semoga minat budak perempuan berusia empat tahun ini terhadap sukan permotoran dapat dipupuk sehingga dia mencecah ke usia dewasa dan mungkin menjadi seperti Sabine Schmitz, yang juga dikenali sebagai Queen of the Nurburgring atau Ratu Nurburgring.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here