Pace Car atau Safety Car, kereta paling depan dalam perlumbaan dan tidak boleh dipotong

2598

Kepada sesiapa yang sering menonton acara perlumbaan, samada motosikal dan kereta, mungkin anda sudah biasa melihat kehadiran kereta yang berada di litar perlumbaan tetapi tidak berlumba.

Tetapi tahukah anda kereta apakah itu dan mengapa mengapa ia tidak terlibat dalam perlumbaan?



Disini kami akan jelaskan mengenai kereta tersebut.

Kereta ini biasanya dipanggil Pace Car atau Safety Car, yang biasanya dilihat ketika pusingan pemanasan atau ketika berlaku kemalangan semasa perlumbaan.

Menurut kamus Lexico.com, Pace Car adalah kereta yang mengetuai pelumba di pusingan sebelum perlumbaan berlangsung (pusingan pemanasan) dan akan keluar dari litar apabila perlumbaan dimulakan.

Tetapi akan masuk semula ke dalam litar apabila berlaku sesuatu perkara merbahaya seperti kemalangan, tumpahan minyak, atau ada objek seperti komponen kereta di atas litar yang perlu dialihkan.

Pace Car atau Safety Car akan berada di depan dan mengawal kelajuan serta rentak perlumbaan pada tahap tertentu.

Pace Car yang menggunakan jentera Mercedes-AMG GT R

Kadang kala, Pace Car sering dianggap merugikan pelumba yang mempunyai jurang yang cukup jauh dengan saingan di belakang atau kehilangan peluang untuk mengatasi pelumba di hadapannya.

Ini kerana apabila Pace Car masuk ke dalam litar, para pelumba tidak boleh saling memotong dan harus kekal pada kedudukan masing-masing. Namun, hal ini juga boleh menjadi momentum untuk para pelumba mengatur strategi baru. 

Selain itu, apabila Pace Car atau Safety Car memasuki litar, pelumba dilarang untuk memasuki pit untuk membuat sebarang hentian seperti menukar tayar atau mengisi minyak.

Kemudian setelah Pace Car meninggalkan litar, barulah para pelumba dapat memulakan perlumbaan seperti biasa.

Pace car safety car

Dasar penggunaan Pace Car ini pertama kali diterapkan pada acara Indianapolis 500 pada tahun 1911. Tetapi jangan memandang rendah kereta yang digunakan sebagai Pace Car ini.

Kereta yang digunakan bukanlah sebarangan, ia biasanya dari jenama terkenal di dunia dan ada juga yang diubahsuai khusus untuk digunakan sebagai Pace Car.

Antaranya ialah Mercedes-AMG GT R dan Mercedes CLK 63 AMG (Formula 1), BMW M8 (Moto GP), Lamborghini Countach, Chevrolet Camaro, Chevrolet Corvette Grand Sport, Pontiac Grand Prix, Lamborghini Gallardo, dan banyak lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here