Shell telah mewujudkan peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (SME) untuk mereka menjual makanan-makanan mereka di stesen-stesen Shell.
Dengan #RamadanWithShell, ia sedikit sebanyak memberikan semangat dan suasana bazar Ramadan kepada pelanggan-pelanggan Shell.
Inisiatif ini diadakan bermula 4 Mei hingga 23 Mei 2020 di seluruh negara, dan pelanggan Shell boleh membeli pelbagai juadah tempatan seperti Nasi Campur, Nasi Beriani, Asam Laksa, pelbagai pilihan kuih-muih, murtabak, bubur lambuk, dan minuman. Dan sudah tentu untuk bungkus sahaja.
Di samping itu, pelanggan juga boleh membeli pelbagai kombo Shell dari kedai SELECT dan Deli2Go pada harga serendah RM6 setiap satu.
Siti Zubaidah, seorang pemilik stesen Shell di Pontian, Johor, menyokong #RamadanWithShell dengan menjemput Azizah, seorang penjual tempatan untuk menjual kuihnya di stesen.
“Bila mendengar mengenai kempen Shell ini, kedai Azizah terus muncul di fikiran saya. Kuih-kuih jualannya memang sedap dan saya teruja memberikannya ruang untuk menjual kuihnya di Shell,” kata Zubaidah.
Pastinya usaha sebegini amat membantu peniaga seperti Azizah dan pengusaha-pengusaha lain kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan operasi perniagaan mereka selama ini.
Sementara itu, Mazlan, seorang penjual sambilan bersama anaknya yang berumur 14 tahun, Mohd Alif berkata, “Pada mulanya kami agak risau untuk Ramadan kali ini.
“Setiap tahun kami akan menjual air tebu di bazar Ramadan tempat kami dan tahun ini agak kelam kerana ketiadaan bazar Ramadan.”
“Syukurlah dengan inisiatif Shell ini, kami dapat menjual 30 hingga 40 botol air tebu sehari di stesen Shell Inderapura di Kuantan, Pahang. Terima kasih Shell kerana membantu kami di saat sukar ini,” kata Mazlan.
Selain kempen itu, pelanggan di kedai Shell SELECT yang membuat tempahan dengan Foodpanda menggunakan kod promo SHELLRAMADAN akan menikmati diskaun 30 peratus untuk semua barangan di Shell SELECT, dengan pembelian minimum RM15.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my.