Gerak Malaysia: 401,253 permohonan rentas negeri diterima, perjalanan lancar hingga hari terakhir

1623

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima dan meluluskan 401,253 permohonan daripada individu untuk melakukan pergerakan rentas negeri yang berakhir semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan berkenaan adalah menerusi aplikasi ‘Gerak Malaysia’ dan juga secara borang yang diperoleh dari balai polis.



“Semalam, sebanyak 109,309 kebenaran melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 1,388 kebenaran melalui borang iaitu permohonan daripada individu yang terkandas di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu untuk pulang ke kediaman mereka di negeri lain.

“Selain itu, PDRM turut mengadakan 128 sekatan jalan raya bagi memantau pergerakan rentas negeri. Laporan PDRM menunjukkan pergerakan rentas negeri dan aliran lalu lintas semalam berjalan secara lancar.

“Tiada kesesakan luar biasa dikesan. Di kawasan rehat dan rawat (R&R) pula, situasi turut terkawal dan kadar pematuhan orang ramai kepada arahan PDRM semasa perjalanan rentas negeri adalah memuaskan,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here