Modenas tawarkan Pakej Servis Modenas Prihatin sempena Hari Raya

2526

Para pemilik motosikal Modenas kini boleh mendapatkan penjimatan kos penyelenggaraan motosikal mereka melalui Pakej Servis Modenas Prihatin yang ditawarkan oleh Modenas.

Pakej Servis Modenas Prihatin

Pakej servis ini bermula pada 18 Mei 2020 dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2020. Pakej servis ini akan menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti yang terpilih, caj buruh dan banyak lagi. Tawaran ini juga akan terdapat di pusat servis Modenas yang terpilih, di seluruh negara.



Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata kesemua pemilik kapcai, skuter, ‘street bike’ dan ‘touring bike’ Modenas akan dapat menikmati faedah pada harga yang sanagt mampu milik di bawah pakej servis yang ditawarkan.

Pakej Servis Modenas Prihatin

  • Potongan harga sehingga 20% untuk alat-alat ganti terpilih seperti penapis minyak, minyak enjin, alas brek, palam pencucuh dan banyak lagi.
  • Perkhidmatan percuma seperti pemeriksaan untuk untuk 16 perkara dan pengimbasan ECU untuk semua model Modenas Dominar D400, Modenas Pulsar NS200 dan RS200 serta Modenas V15, Modenas Downtown 250, Modenas Elegan 250, Modenas Karisma 125 dan pelbagai varian model Modenas Kriss – Kriss MR1, Kriss MR2 dan Kriss 110.
  • Untuk keselamatan mereka, para pelanggan akan diberikan topeng muka apabila mereka berada di pusat servis, dan kesemua motosikal akan disanitasi sepenuhnya secara percuma.

Pusat-pusat Servis MODENAS

Pusat-pusat berikut akan menawarkan Pakej Servis Modenas Prihatin:

  • Pusat Servis Modenas Subang, Selangor
  • Pusat Servis Modenas Ipoh, Perak
  • Pusat Servis Modenas Gurun, Kedah
  • Pusat Servis Modenas Kuanta, Pahang
  • Pusat Servis Modenas Johor Bahru, Johor

Hari Operasi                :           Enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu)

Waktu Operasi             :           8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

                                              8.30 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu)

Pusat-pusat servis yang sah akan tetap melayani pelanggan hanya dengan temu janji untuk memastikan protokol jarak sosial Covid-19 dipatuhi.

Modenas Dominar D400

Para pelanggan Modenas boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar mesej WhatsApp ke talian Modenas Careline di 019-570 8135 atau menghubungi pusat servis untuk maklumat lanjut.

Model Modenas

Varian

Warna

Harga Lama

(tanpa insuran)

 

Harga Baharu

(tanpa insuran)

Harga Baharu

(Rebat Tunai Dominasi Impianmu)

Penurunan

Peratusan

Pulsar

RS200

Semua

11,350

9,990

0

12%

Dominar

D400

Semua

15,488

13,788

12,788

17%

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here