PKPB: PDRM dan ATM pantau kenderaan di laman rumah Aidilfitri ini

2091

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dengan memerhati kenderaan di laman rumah pada Aidilfitri ini.

Menurutnya, jika kawasan rumah itu mempunyai banyak kenderaan, PDRM atau ATM akan membuat semakan individu di dalam kediaman berkenaan.



“Pihak PDRM dan ATM akan membuat pemantauan itu bermula raya pertama dan seterusnya supaya orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 1,633 kenderaan dikesan yang cuba untuk merentasi negeri dalam sekatan jalan raya semalam dan mereka mereka diarahkan supaya berpatah balik oleh pihak polis.

“Semakin dekat raya, semakin bertambah kenderaan. Buat masa ini, polis masih lagi bertimbang rasa untuk tidak memberi kompaun.

“Namun, saya pasti polis akan bertindak lebih tegas sekiranya masih ramai yang tidak patuh dengan peraturan,” katanya.

Ismail Sabri turut mengulaskan bahawa perjalanan untuk rentas negeri termasuk laluan darat atau udara adalah tidak dibenarkan kecuali untuk urusan kerja dan kecemasan.

Katanya, perjalanan untuk rentas negeri itu hanya dibenarkan selepas mendapat kebenaran dari pihak polis sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here