Ford cipta selimut kereta yang mampu menghasilkan tenaga kepada kereta elektrik

1889

Kereta elektrik nampaknya masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat dunia. Ini kerana masih banyak kemudahan yang belum tersedia, seperti lokasi pengisian semula bateri.

Masalah ini cuba diselesaikan oleh Ford dengan mencipta selimut kereta yang boleh menjadi perantara pengisian tenaga pada kereta elektrik.



Menurut Ford, teknologi yang diberi nama Solar Cocoons ini masih dalam pembangunan. Selimut kereta yang dicipta oleh Ford ini mengandungi sel-sel yang biasanya terdapat di panel solar.

Tidak seperti panel solar pada umumnya, sel-sel ini dibuat fleksibel untuk mengikuti aliran reka bentuk kereta. Konfigurasinya melalui tenaga elektrik dan mempunyai struktur yang fleksibel.

Ini bermakna, selimut kereta ini akan mudah untuk digunakan dan disimpan. Jika tetapannya rumit, pemilik kereta elektrik akan lebih selesa mengecas secara konvensional.

Akan tetapi, jumlah sel suria yang terdapat di dalam selimut kereta ini masih belum diketahui. Oleh itu tidak dapat disimpulkan bagaimana kemampuan selimut kereta ini dapat menyalurkan tenaga elektrik ke dalam bateri kereta.

Berdasarkan reka bentuknya, selimut kereta ini dapat mengecas sepenuhnya bateri kereta elektrik dalam masa semalaman, ketika kereta tidak beroperasi. Kereta pertama yang akan menggunakan teknologi ini adalah Ford Mustang Mach-E.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here