BMW telah menyebarkan gambar teaser BMW 5 Series Facelift 2021 yang dilaporkan akan diperkenalkan pada 27 Mei. Model facelift ini juga akan diperkenalkan di Korea.
Dalam masa yang sama, BMW Seri 6 Gran Turismo facelift juga akan turut diperkenalkan di acara tersebut.
Gambar teaser BMW 5 Series Facelift 2021 telah dikongsi di Instagram BMW Korea dengan perubahan yang dilakukan pada bahagian hadapan.
Salah satu perubahan yang ketara pada model terbaru ini adalah lampu depan yang direka semula supaya kelihatan lebih ramping.
Selain itu, lampu belakang, bampar hadapan dan belakang juga turut direka semula. Bahagian gril juga akan diperbesarkan, tetapi ia masih kelihatan menarik berbanding dengan gril yang terdapat pada model BMW 4 Series.
Menurut sumber, BMW akan menawarkan 530e Plug-in Hybrid dengan pakej M Sport pada jentera ini. Seperti model BMW 330e, jentera ini juga berkemungkinan akan disertakan dengan enjin 2.0-liter turbo 4-silinder dan sistem elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 288hp dan 420Nm tork.
Khabar angin lain mengatakan bahawa varian ‘545e’ akan disertakan dengan enjin 3.0-liter turbo 6-silinder sebaris dan motor elektrik. Pada BMW 745e xDrive iPerformance, tetapan ini akan menghasilkan sehingga 389hp dan 600Nm tork.
Pilihan enjin yang lain dijangka akan disediakan dari model semasa, termasuk enjin 2.0-liter turbo-four yang menghasilkan 248hp dan enjin petrol 3.0-liter turbo 6-silinder sebaris yang menghasilkan 335hp.
Menarik untuk kita tunggu, apakah BMW akan memberikan 5 Series facelift sedikit peningkatan kuasa. Semua model akan dilengkapi dengan transmisi automatik 8-kelajuan.