Mungkinkah ini lampu motosikal terawal di dunia?

1707

Para penunggang motosikal pasti tidak pernah terfikir bagaimana reka bentuk dan cara kerja lampu motosikal pada era awal motosikal dilahirkan di dunia.

 



Lampu pada motosikal dari setiap masa sudah tentu mengalami perkembangan yang cukup menarik. Bermula dari mentol konvensional, hingga LED (Light Emitting Diode) yang telah banyak digunakan pada motosikal pada masa kini.

Tetapi bagaimana cara kerja dan reka bentuk lampu ketika motosikal pertama kali dicipta?

lampu motosikal

Penampilan awal komponen ini dapat dilihat dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @thevintagent.

Pada video tersebut, kelihatan sebuah motosikal jenis BSA S25 side valve 1-silinder keluaran tahun 1923, menggunakan lampu yang bersumberkan karbida atau gas.

Pada awal era motosikal iaitu pada tahun 1890-an, tenaga elektrik hanya digunakan untuk industri dan rumah.

Tetapi, ketika penunggang motosikal menunggang pada waktu malam, kadar kemalangan semakin meningkat.

Untuk mengurangkan kadar kemalangan, lampu yang bersumberkan karbida atau gas telah dipasang, seperti yang digunakan pada basikal tua.

View this post on Instagram

Lights! Action! Calcium carbide when mixed with water produces flammable acetylene gas. Gas lamps were used by miners for a stable, long-lasting light source, and is still used today. Motorcycles gained headlamps (and taillamps) from the early 1900s (the process was invented in 1892), and until the late 1920s gas lamps were commonplace. A small cylindrical chamber holds carbide crystals, onto which water is dropped – doesn’t take much! Rubber gas lines lead to the lamps, and a tiny jet regulates the flow: concave mirrors focus the light, and the lamp bodies need a small chimney vent for soot, as carbon is separated from acetylene gas as it burns. The light produced is about the same as a 6v 30W light bulb, or in other words, almost as good as what bikes gained in the 1930s thru 50s! But it’s fussy, as demonstrated here with a lovely flat-tank c.1923 BSA S25 sidevalve single. Still, it works! [🎥 Piotr Bjj]

A post shared by TheVintagent.com (@thevintagent) on

Lampu dari sumber belerang menggunakan sebatian kalsium karbida yang dicampurkan dengan air, dimana proses ini akan menghasilkan gas acetylene yang mudah terbakar.

Sebelum ini, lampu gas digunakan oleh pelombong untuk sumber cahaya yang stabil dan tahan lama.

Motosikal disertakan dengan lampu depan dan belakang dari awal tahun 1900-an (prosesnya ditemui pada tahun 1892), dan pada akhir tahun 1920-an, lampu gas sudah menjadi sesuatu yang sinonim kepada masyarakat. 

Kami percaya inilah jenis lampu motosikal terawal pernah digunakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here