Tesla berpeluang membawa angkasawan dalam misinya ke angkasa lepas pada akhir bulan Mei 2020. Kenderaan Tesla yang dipilih adalah Tesla Model X.
Pentadbir NASA, Jim Bridenstine memaparkan gambar Tesla Model X yang dimuat naik di Twitter peribadinya, baru-baru ini.
“Lihat Model X yang akan membawa @AstroBehnken dan @Astro_Doug ke kapal angkasa untuk misi Demo-2! #LaunchAmerica,” kata Bridenstine dalam Twitter peribadinya.
Jentera ini menjadi kenderaan pertama yang mempunyai peranan penting dalam pelancaran itu. Ini kerana kru yang berangkat dari Amerika Syarikat sudah sekian lama tidak mengikuti perjalanan ke angkasa lepas, iaitu lebih dari sembilan tahun yang lalu.
Penampilan kereta elektrik yang akan membawa angkasawan NASA ini disertakan dengan logo dan nama NASA warna merah pada bahagian cermin belakang.
Angkasawan yang akan dihantar oleh Tesla Model X ke kapal angkasa ialah Bob Behnken dan Doug Hurley. Mereka menjadi angkasawan NASA pertama yang dibawa dengan kereta untuk berlepas dari Bumi.
Untuk makluman, SpaceX adalah syarikat milik Elon Musk yang merancang pembinaan roket bernama Falcon 9 dan kapal angkasa, Dragon Crew.