Pemandu kurang pengalaman, Ford Mustang GT baru dibeli tiga hari terjunam ke dalam sungai

3427

Sebuah kereta sport iaitu Ford Mustang GT yang baru dibeli selama tiga hari rosak teruk setelah terjunam ke sungai. Menurut sumber, jentera tersebut dipandu oleh seorang pemuda di sebuah restoran berhampiran kawasan pusat beli-belah di Cranbrook, British Columbia, Kanada.

Ford Mustang GT

Kejadian ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh kekurangan pengalaman memandu dan keinginan memandu kereta sport dimana pada akhirnya, seorang pemuda yang memandu jentera ini berakhir dengan kemalangan.



Ford Mustang GT coupe 2019 tersebut, yang baru dibeli selama tiga hari, kelihatan diparkir di lokasi di mana beberapa orang remaja berkumpul di restoran Tim Horton. Pemiliknya begitu bangga dengan kereta bewarna hijau tersebut.

Jentera yang dikuasakan oleh enjin 5.0-liter V8 ini mampu menghasilkan sehingga 460hp. Pemiliknya berusaha untuk mengawal jentera tersebut tetapi gagal dan menyebabkan ia terjunam ke dalam sungai.

“Masih muda dan tidak berpengalaman dan cuba untuk menunjuk-nunjuk. Dia hilang kawalan dan terjunam. Kereta itu baru dibeli selama tiga hari,” kata seorang saksi.

Nasib baik, tidak berlaku kecederaan yang teruk dalam kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan jentera tersebut sangat teruk, badannya kemek dan mungkin ada kerosakan mekanikal kerana terkena air.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here