Covid-19: Pengeluaran kereta di United Kingdom jatuh ke tahap terendah

1835

Pengeluaran kereta di United Kingdom berkemungkinan akan jatuh ke tahap terendah dalam beberapa dekad sebelum ini setelah pandemik Covid-19 merebak di seluruh dunia, dimana banyak syarikat terpaksa menutup kilang mereka.

pengeluaran kereta united kingdom

Menurut Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT), hanya 197 buah kereta dihasilkan pada bulan April, berbanding 71,000 buah kereta yang dihasilkan pada bulan April 2019. 



Hanya beberapa kilang pengeluaran kereta di United Kingdom telah dibuka semula, kecuali kilang terbesar di negara tersebut iaitu kilang Nissan di Sunderland yang akan menyambung semula operasi mereka pada bulan depan.

“Kami memerlukan sokongan kerajaan tempatan untuk bekerjasama dengan kami bagi mempercepat pemulihan sektor ini,” kata Ketua Eksekutif SMMT, Mike Hawes.

Pengeluaran tahunan berkemungkinan akan jatuh sehingga 870,000 unit, menurut ramalan AutoAnalysis untuk SMMT. Bilangan tersebut jauh dari jumlah kenderaan yang dihasilkan pada tahun 2009 iaitu sebanyak 999,460 unit. Sedangkan pada tahun tersebut, United Kingdom sedang mengalami krisis kewangan.

Pada tahun ini, ekonomi United Kingdom mungkin menyusut sehingga 13 peratus, dimana ia merupakan penurunan terendah dalam tiga abad sebelum ini, dengan dua juta orang berpotensi untuk hilang pekerjaan.

Pandemik Covid-19 juga telah menyebabkan penurunan terhadap permintaan diesel dalam beberapa tahun terakhir dan kos untuk memenuhi peraturan pelepasan yang lebih ketat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here