Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan, semua pusat sektor latihan dan ujian memandu seluruh negara akan dibuka kembali bermula Isnin depan.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), waktu operasi institut memandu dan proses mengeluarkan lesen akan dibuka bermula 8 pagi hingga 4 petang.
“Perkhidmatan dibenarkan membabitkan latihan pemanduan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03 serta pra ujian pemanduan (QTI).
“Turut dibenarkan adalah operasi adalah perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) serta Ujian Undang-undang Berkomputer di pusat ujian yang diiktiraf JPJ,” kata agensi tersebut.
Prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan ditetapkan oleh JPJ sebagai langkah berjaga-jaga.
“JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.
“Orang ramai yang datang berurusan juga diingatkan supaya mematuhi segala arahan dikeluarkan dengan mengamalkan normal baharu.
“Ini termasuk pengamalan disiplin diri dengan mematuhi penjarakan sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai topeng muka serta menjaga kebersihan optimum seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.