Hyundai dan Sony telah menandatangani satu perjanjian perkongsian baru dimana kedua-dua syarikat tersebut akan bekerjasama dalam pelbagai projek pada beberapa tahun yang akan datang.
Ini bermakna, kereta dari syarikat pengeluar dari Jerman iaitu Audi tidak lagi akan digunakan dalam filem keluaran Sony. Kedua-dua syarikat tersebut telah mengadakan “perkongsian promosi pelbagai gambar” yang melibatkan pelbagai produk.
Filem Sony yang akan datang akan menampilkan model dan teknologi baru dari syarikat pengeluar dari Korea Selatan itu, dengan model terbaru dari Hyundai akan muncul dalam lima filem Sony yang akan datang.
Filem-filem tersebut merangkumi filem Spider-Man: Into the Spider-Verse dan Spider-Man: Far From Home. Filem-filem tersebut dijadualkan akan diperkenalkan masing-masing pada bulan Oktober 2022 dan November 2021. Perjanjian itu juga termasuk dalam permainan video Uncharted yang akan diperkenalkan pada bulan Julai 2021.
Melalui kerjasama ini, Hyundai dilihat menggunakan filem keluaran dari Sony untuk memperkenalkan banyak produk keluaran mereka, berbanding produk dari Audi yang hanya hadir dalam filem Spider-Man yang terkini.
Menurut Hyundai, perjanjian baru itu akan “menawarkan pelbagai peluang” untuk kedua belah pihak. Ianya termasuk memanfaatkan harta intelek Sony untuk tujuan pemasaran dan hiburan.
Kedua-dua syarikat ini juga akan “berkolaborasi pada infrastruktur” dan konsep untuk filem Sony, dan bekerjasama untuk “mencipta realiti visual dan pengalaman bermain video permainan.”
Walaupun model terbaru Hyundai akan menjadi fokus utama, kerjasama ini juga membolehkan Hyundai untuk mempromosikan visi “human-centered future mobility.”
Buat masa sekarang, Hyundai dan Sony masih merahsiakan perincian perjanjian mereka.