Bridgestone Indonesia bakal hasilkan 400,000 kasut dari tayar terpakai

1952

Bridgestone Indonesia dan Soles4Souls Asia akan bekerjasama untuk menghasilkan kasut dari tayar terpakai. Kerjasama ini diumumkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, baru-baru ini.

Bridgestone Indonesia

Bridgestone Indonesia akan menjadikan 40,000 tayar terpakai kepada 400,000 kasut menjelang akhir 2022.



Kasut dari tayar terpakai ini kemudiannya akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh dunia dan akan dijual melalui pelbagai cara.

Selain itu, syarikat ini turut memberi sumbangan sebanyak $60,000 (RM256,080) untuk membantu Soles4Souls Asia dalam usaha mereka untuk mengembangkan projek ini.

Buddy Teaster, Presiden dan CEO Soles4Souls Asia berkata, sejak awal kerjasama ini, Bridgestone Indonesia sudah memberi komitmen dengan mencari cara yang terbaik untuk menggunakan produk mereka sebaik mungkin. 

Sementara itu,Ketua Pengarah PT Bridgestone Tire Indonesia, Mukiat Sutikno berharap inisiatif ini dapat menyumbang untuk mengurangkan sisa tayar, sambil membantu orang yang lebih memerlukan.

Untuk permulaan bagi kerjasama itu, kedua-dua syarikat berkenaan akan bekerjasama dengan Indosole, sebuah syarikat penghasilan kasut. Syarikat ini menghasilkan kasut mereka di kilang mereka di Indonesia, dan menjualnya ke kedai di seluruh dunia melalui dalam talian (online).

Untuk setiap sepasang kasut yang dijual oleh Indosole, sebahagian dari hasilnya akan disumbangkan kembali ke Soles4Souls Asia untuk memajukan usaha untuk mengedarkan kasut baru kepada mereka yang memerlukan di seluruh Asia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here