Ralf Brandstaetter ganti Herbert Diess sebagai CEO Volkswagen

1665

Volkswagen telah menggantikan Herbert Diess sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dan melantik Ketua Pegawai Operasi, Ralf Brandstaetter untuk memimpin usaha mengurangkan kos di kilang terbesar syarikat yang berada di Jerman.

Volkswagen Ralf Brandstaetter
Ralf Brandstaetter

Volkswagen berkata, Ralf Brandstaetter akan mula bertugas pada 1 Julai untuk memberi laluan kepada Diess, yang masih kekal sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan, lebih banyak kelonggaran untuk bekerjasama dengan syarikat lain seperti Audi, Bentley, Skoda, Lamborghini dan Porsche.

Menurut Volkswagen, Diess memiliki tanggungjawab untuk keseluruhan kereta penumpang Volkswagen. Menurut syarikat pengeluar dari Jerman tersebut, lembaga pengawas mereka telah mengadakan mesyuarat untuk berbincang tentang calon pengganti Diess sebagai CEO Volkswagen.



Rombakan organisasi syarikat pengeluar kenderaan terbesar di dunia ini dilakukan ketika Diess berusaha untuk bekerjasama dengan ketua buruh syarikat, yang menguasai 19 kerusi di lembaga pengawas untuk bersetuju dengan pengurangan kos yang ingin dilakukan.

Herbert Diess

Keadaan semasa telah memaksa Diess untuk mengurangkan kos di Jerman, untuk membantu membayar €34 bilion (RM164 bilion) dalam pelaburan kereta elektrik dan autonomi, dan €50 bilion (RM241 bilion) untuk perolehan bateri EV.

Diess juga berada dalam tekanan setelah Volkswagen terpaksa menghentikan jualan Volkswagen Golf terbaru kerana masalah perisian, dimana dalam masa yang sama syarikat tersebut juga sedang bersiap sedia untuk menghasilkan kereta elektrik ID.3 secara besar-besaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here