Ingin miliki sebuah Renault? Tawaran lebih penjimatan di Shopee hingga 19 Jun

1382

Pelanggan dan peminat Renault kini boleh mendapat lebih penjimatan di Shopee sehingga sempena Renault Passion Week sehingga 19 Jun ini. Penjimatan ini merangkumi pelan langganan, kit kereta terpilih, dan barangan Renault.

Anda boleh melihat tawaran-tawaran ini di Renault Store dalam aplikasi Shopee (shopee.com.my/renaultmalaysia.os) dimana banyak ‘Shocking Sales’ akan dijalankan.



Ini termasuklah:

  • Diskaun hingga 50 peratus untuk yuran tempahan langganan
  • Diskaun hingga 40 peratus untuk pakej nyah-kuman
  • Diskaun hingga 50 peratus untuk barangan koleksi Renault, dan
  • Diskaun hingga 50 peratus untuk berangan jenama Renault

Selain itu, anda juga layak mendapat baucar RM20 dengan pembelian minimum RM50, serta diskaun 10 peratus untuk pelbagai barangan lain (sementara stok masih ada).

Lebih penjimatan untuk langganan

Dengan sambutan menggalakkan untuk 1-Month Trial dan Subscription Captur Pre-Owned, TC Euro Cars menambah tawaran menjadi Fixed New Subscription untuk manfaat kepada lebih pelanggan.

Untuk Captur, terdapat potongan 38 peratus untuk yuran langganan 6 bulan pertama untuk Captur baharu. Sementara itu, untuk Captur Pre-Owned Fixed Plan pula, diskaun adalah 54 peratus.

Bagi model Koleos serba baharu, pelanggan langganan akan mendapat pengurangan yuran sebanyak 17 peratus untuk 6 bulan pertama.

Mereka yang memilih hot hatch Megane RS akan mendapat 25 peratus penjimatan untuk tempoh sama langganan.

Selain dari Renault Store di Shopee, tawaran-tawaran ini juga boleh didapati di Renault E-Store: www.renault.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here