Honda C86 kustom ini seolah-olah dibawa dari zaman silam oleh mesin masa

9547

Honda C86 atau juga dikenali dengan nama Honda Cub 86 merupakan salah satu motosikal dari siri Cub dan mula menempatkan diri dalam aliran automotif tanah air sejak 1980-an.

Honda C86 yang masuk dalam keluarga Honda Super Cub ini menjadi embrio bagi perkembangan DNA motor jenis itu dari Honda. Ia merupakan kesinambungan yang bermula dari legasi C50.



Dan bermula dari Honda C50 dan seterusnya, keluaran Honda Cub mulai menggempur keperkasaan motosikal di negara ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan C86 ini merupakan model yang cukup popular dan amat dikenali  bersama dua saudaranya yang lain seperti C70 dan C90.

Dalam situasi PKP dengan negara menangani Covid-19, peluang yang ada itu telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh pemilik Honda C86 ini, iaitu saudara Wira untuk merestorasi dan menaik-taraf jentera klasik ini.

Kerja itu telah dijalankan di garaj beliau iaitu Wira Motor.

Bagi yang masih tidak mengenali pemilik bengkel Wira Motor ini, Wira cukup dikenali dalam kalangan peminat street cub di Malaysia dengan hasil kerja yang kemas dan teliti.

Ia juga menyebabkan beliau selalu dipanggil bagi mempamerkan hasil kerja beliau ke acara-acara berprestij seperti Retro Havoc dan Art Of Speed Malaysia (AOS) dimana dimana budaya kustom automotif benar-benar diraikan.

Berikut adalah spesifikasi Honda C86 milik Wira:

Model: Honda C86
Tahun pengeliuaran: 1979
Pendaftaran: 02/08/1979
Enjin: Naik-taraf Honda EX5 Dream, spec 53mm
Kapasiti enjin: 86 cc
Sistem ekzos: Kustom oleh Wira Motor
Transmisi: 3-kelajuan
Suspensi: YSS (belakang), standard (depan)
Sistem brek: Standard
Tayar: TT100 70/90 (depan), 80/90 (belakang)
Roda: Honda EX5 Dream FI 110cc (kambing), 1.40 (depan), 1.60 (belakang)
Bengkel: Wira Motor, Jitra
Kos keseluruhan: RM4500
Tempoh masa restorasi: 3 bulan
Pemilik asal: Mohamad Nikmat bin Ariffin
Lain-lain penambahan: raga depan Honda supercub (original)
Pendikit minyak dan suis lampu isyarat: Honda GBO
Karburator: Honda Wave 125
Sistem pendawaian: EX5 Dream
Komponen asal: Lampu isyarat, lampu dada, lampu belakang, meter

Foto: Wira Motor
Teks: Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here