Mohamed Salah meningkatkan reputasinya sebagai satu daripada pemain bola sepak terbaik dunia. Namun, ini satu daripada aksi yang jarang kita lihat apabila dia muncul di sebuah stesen minyak dan membayar minyak petrol kepada semua pengunjung.
Penyerang kelahiran Mesir itu cukup bermakna bagi peminat di Liga Perdana Inggeris sejak kembali ke England pada tahun 2017, menjaringkan 91 gol dalam 144 perlawanan untuk Liverpool dan dua kali memenangi anugerah kasut emas liga.
Di luar padang, gelagatnya dapat banyak pujian daripada peminat selepas tersebar gambar Salah lengkap dengan pakaian sukan di stesen minyak Sainsbury baru-baru ini. Difahamkan, pada ketika itu, dia membayar minyak petrol untuk semua orang.
Yesterday Mo Salah arrived at a Sainsbury’s petrol station and paid for everybody’s fuel.
It’s the little things that make a difference 🙌 pic.twitter.com/rDWZl7GFhy
— LFCVine (@LFCVine) June 11, 2020
Peminat rata-rata memuji tindakan pemain berusia 27 tahun tersebut dan ada yang berkata, “Bagaimana mungkin saya tidak menyayanginya, seorang yang begitu baik dan rendah diri.”
Salah dan rakan sepasukannya berkemungkinan akan menamatkan penantian 30 tahun The Reds untuk menjulang piala Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam masa beberapa hari lagi.
Semoga Mohamed Salah dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya di Liga Perdana Inggeris!