Dengan fasa pemulihan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dinamakan PKPP, kenderaan semakin banyak di jalan raya.
Dengan itu juga, harga bahan api terus mencatatkan kenaikan iaitu 8 sen untuk RON95 dan RON97, manakala 10 sen kenaikan untuk diesel. Ini pada masa yang sama disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang semakin stabil.
Bermula tengah malam ini, harga bahan api akan dijual seperti berikut:
- RON95: RM1.56 (naik 8 sen)
- RON97: RM1.86 (naik 8 sen)
- Diesel: RM1.73 (naik 10 sen)
Harga baharu ini akan berkuatkuasa pada esok 13 Jun hingga 19 Jun 2020.