PKPP: Kebanyakan lebuh raya utama kembali alami kesesakan lalu lintas

3272

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, seperti musim perayaan, kebanyakan lebuh raya utama kembali mengalami kesesakan lalu lintas.

kesesatan lalu lintas

Berdasarkan status kemas kini bergambar di laman Facebook (FB) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), keadaan itu difahamkan berlaku berikutan perantau yang balik kampung bagi menghabiskan sisa Syawal yang masih berbaki, sudah mulai pulang untuk bekerja.



Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, kerajaan tidak membenarkan perjalanan rentas negeri sejak 18 Mac lalu.

Ini termasuk sepanjang Ramadan baru-baru ini serta perayaan Aidilfitri apabila tarikh 1 Syawal jatuh pada 24 Mei lalu.

Namun, apabila pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada 10 Jun, rata-rata rakyat Malaysia menganggap ia merupakan ‘raya pertama’ semula bagi perantau pulang ke kampung bertemu orang tersayang.

Menerusi FB LLM, trafik masih perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke Pusat Bandar.

Laporan juga menunjukkan trafik turut perlahan di Lebuhraya PLUS dari Port Dickson ke Seremban.

Keadaan sama turut berlaku dari persimpangan Kajang selatan ke Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) akibat kemalangan di susur keluar 1804 utara, persimpangan Kajang Perdana.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here