Dalam artikel sebelum ini, kami ada menyatakan tentang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan untuk siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf ‘SYG’.
Kini bidaan untuk siri nombor plat tersebut telah ditutup dan apa yang mengejutkan, nombor plat SYG 8055 telah mencuri tumpuan dengan melibatkan 25 orang pembida.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, nombor plat tersebut berjaya dijual pada harga RM19,000.
Siri nombor plat SYG paling mahal dibida adalah SYG 1, dimana ianya dibida dengan harga RM115,000, diikuti SYG 9 yang dibida dengan harga RM70,000. Bidaan tertinggi untuk nombor plat SYG4111 pula adalah RM5,200.
Setakat ini, sebanyak 3,174 siri nombor plat SYG telah dibida dan baki untuk siri nombor plat ini yang belum dibida boleh didapati di pejabat JPJ negeri atau cawangan.