TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan senarai harga baharu kenderaan-kenderaan Renault berikutan pengecualian cukai seperti diperkenalkan oleh kerajaan.
Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Jangka Masa Pendek (PENJANA), kerajaan menghapuskan 100 peratus cukai kenderaan CKD dan 50 peratus cukai kenderaan CBU.
Dengan itu, model Renault CKD mendapat penjimatan RM2,691. Model-model CBU pula mendapat RM6,687 penjimatan untuk Koleos, hingga RM11,670 untuk Megane RS 280 Cup EDC.
Semua harga adalah atas jalan, tanpa insurans, untuk Semenanjung Malaysia, dan pendaftaran persendirian sahaja. Senarai harga penuh adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut, layari www.renault.com.my atau hubungi 1-800-18-8663.