Senarai harga baharu kenderaan KIA, Peugeot, Citroen dan DS, pengurangan hingga RM14k dan 6.7 peratus

2487

Naza Automotive Group kini mengumukan senarai harga baru untuk produk mereka berikutan pengumuman pihak kerajaan mengenai pengecualian 100 peratus cukai kenderaan CKD dan 50 peratus cukai kenderaan CBU.

Senarai harga baru ini berkuatkuasa pada 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020, dan merangkumi pelbagai model yang ditawarkan oleh jenama Kia, Peugeot, Citroën, dan DS.



Menurut Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memacu pasaran automotif di negara melalui pengecualian cukai ini adalah tepat pada masanya.

“Pengecualian cukai ini bukan sahaja menawarkan penjimatan kepada semua pengguna, malah turut membantu pasaran automotif untuk kembali pulih dari situasi pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia,” katanya.

Citroen C3 Aircross

Beliau juga percaya tindakan ini akan mampu meningkatkan kemampuan pengguna dan penerimaan produk. Menurutnya, mereka akan akan terus memberikan yang terbaik dalam penentuan harga dan kepuasan pelanggan.

Berikut adalah senarai harga baru produk keluaran Naza Automotive Group selepas pengecualian cukai:

Naza Automotive Group

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here