Berikutan recall (panggilan semula) yang dibuat oleh Honda global, Honda Malaysia juga mengumumkan recall yang sama untuk kenderaan di Malaysia sebagai langkah keselamatan.
Recall itu adalah berkenaan penukaran pam bahan api dan melibatkan 55,354 unit kenderaan pelbagai model tahun pengeluaran 2018 dan 2019. Model yang dikeluarkan tahun ini tidak terlibat dengan recall ini.
Model dan bilangan kenderaan terlibat adalah seperti berikut:
Pihak Honda Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan pada semau pelanggannya disebabkan recall ini.
Syarikat itu juga menekankan bahawa keselamatan pelanggan menjadi keutamaan utama. Recall ini dipercayai perlu dilakukan kerana kemugkinan berlakunya kehilangan kuasa enjin atau stalling.
Semua pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi dengan surat berserta maklumat terperinci. Pelanggan juga boleh mengambil inisiatif sendiri dengan berkunjung ke pengedar sah Honda untuk membuat temujanji.
Setakat ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan dari isu ini di Malaysia.
Penukaran itu adalah percuma tanpa sebarang caj, dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, hubungi mana-mana pengedar sah Honda atau layari laman web www.honda.com.my.