Pemilik Lamborghini Gallardo dimarahi kerana pandu laju dan buat bising

2785

Berikutan perintah lockdown yang dikuatkuasakan berikutan penularan pandemik Covid-19, keadaaa dan suasana jalan raya di India sunyi tanpa kehadiran kenderaan.

Banyak kereta dan motosikal berprestasi tinggi, yang biasa digunakan pada hujung minggu juga tidak kelihatan dalam tempoh yang sangat lama. 

Lamborghini Gallardo



Setelah beberapa sekatan jalan raya dikurangkan di beberapa tempat, ramai penduduk mengambil kesempatan untuk keluar ‘memanaskan’ kenderaan mereka yang sudah lama tidak digunakan.

Akan tetapi, seorang pemilik Lamborghini Gallardo di Bangalore, Karnataka dimarahi penduduk kerana memandu dalam kelajuan yang tinggi dan juga menghasilkan bunyi yang bising dari ekzos keretanya.

Menurut sumber, pemandu Lamborghini tersebut keluar untuk memanaskan keretanya di jalan yang kosong dengan ditemani seorang wanita. Kejadian ini berlaku ketika mereka melalui kawasan RT Nagar, Bangalore.

Penduduk tempatan yang menyedari kehadiran mereka mula marah dan menghentikan mereka, kerana pemilik kereta tersebut dikatakan memandu dalam kelajuan yang tinggi dan ekzos kereta tersebut menghasilkan bunyi yang bising.

Satu rakaman video menunjukkan beberapa orang penduduk mengejar dan memaksa pemandu Lamborghini tersebut untuk memberhentikan keretanya.

Setelah berhenti, dia kemudian dilihat dikelilingi oleh beberapa orang yang marah kerana kelakuannya. Berlaku sedikit pergelutan diantara pemandu Lamborghini tersebut dan beberapa orang penduduk sambil cuba dihalang oleh beberapa orang wanita.

Menurut sumber, pemandu dan penumpang Lamborghini tersebut akhirnya berjaya melepaskan diri. Video tersebut kini viral dan sampai ke pihak berkuasa. Siasatan mengenai kes ini akan dilakukan setelah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

Biasanya supercar dan superbike memang direka untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat dari kenderaan biasa. Walaupun begitu, jentera berprestasi tinggi ini sudahpun direka mengikut undang-undang pencemaran bunyi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Walaupun ada yang kurang selesa dengan bunyi jentera berprestasi tinggi ini, bukanlah satu cara yang tepat untuk menghukum mereka. Sebetulnya, laporkan kepada pihak berkuasa dan biarkan mereka yang menguruskan dan melakukan kerja mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here