Syarikat pengeluar motosikal dari Itali, Ducati kini memperkenalkan model terbaru keluaran mereka iaitu Hypermotard 950 RVE.
Jentera ini merupakan naik taraf dari model Hypermotard 950, dimana ia disertakan dengan grafik graffiti baru dan quickshifter baru yang diilhamkan dari model Hypermotard SP.
Terhad kepada 100 unit di Amerika Syarikat, jentera ini akan disertakan dengan nombor siri sebelum ianya dijual. Motosikal ini juga boleh dikatakan gabungan dari model Hypermotard 950 dan Hypermotard SP.
Bersama dengan grafik dan quickshifter yang baru, Ducati Hypermotard 950 RVE turut disertakan dengan enjin 937cc Desmodromic L-twin yang mampu menghasilkan sehingga 114hp pada 9,000rpm dan 96Nm tork pada 7,250 rpm.
Selain itu, beberapa ciri khas juga disertakan termasuk Bosch Cornering ABS dengan fungsi Slide by Brake, Ducati Traction Control EVO (DTC EVO), dan Ducati Wheelie Control (DWC) EVO.
Untuk harga, satu unit Ducati Hypermotard RVE berharga sekitar $14,195 (RM60,712) di Amerika Syarikat dan $16,195 (RM69,266) di Kanada. Menurut sumber, motosikal ini akan mula dipasarkan pada bulan Julai 2020.