Berjaya kekalkan tahap kecergasan, Lewis Hamilton tayang badan ‘sado’ selepas cuti panjang

2034

Juara dunia enam kali, Lewis Hamilton berjaya mengekalkan tahap kecergasan sepanjang tempoh berkurung berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

tahap kecergasan hamilton

Menurut temubual yang dilakukan oleh Men’sHealth, Hamilton pernah berkata bahawa dia sangat sukakan angkat berat. Namun, dia juga perlu memastikan beratnya optimum untuk sukan Formula 1.



“Lebih banyak otot bermaksud lebih banyak berat pada badan. Sangat tidak sesuai seseorang pemandu Formula 1 memiliki terlalu banyak otot di bahu dan lengan kerana anda memerlukan pusat graviti yang rendah ketika berada dalam jentera perlumbaan,” katanya.

Berdasarkan posting Instagram miliknya, Hamilton berkongsi gambarnya tanpa baju sambil bersama dengan kapsyen, “Dengan semua yang berlaku di dunia, satu-satunya jalan untuk mengasingkan diri adalah melatih dan menyalurkan emosi dan tenaga untuk membina badan saya dengan lebih kuat.”

“Ini adalah tempoh latihan terbaik yang pernah saya lalui, saya tidak boleh berhenti dan tidak akan berhenti!”

“Tetap aktif dari segi mental dan fizikal sangat penting buat masa ini, dan saya ingin mendorong anda di luar sana untuk terus bersenam walaupun hanya 20 minit. Setiap sedikit yang dilakukan akan dapat membantu,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here