Suka main PUBG? Ini dia rupa bentuk dan spesifikasi jip tentera dalam permainan itu

3498

Pemain game Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), sudah tentu biasa menggunakan jip tentera untuk bergerak ke sesuatu lokasi dengan cepat. Bukan itu sahaja, jip tentera dengan nama UAZ ini juga boleh dijadikan kenderaan perang untuk menundukkan pihak lawan.

Bagi yang belum tahu, jip tentera dalam PUBG ini sebenarnya wujud dalam dunia nyata. Diberi nama UAZ-469, jentera ini dihasilkan oleh syarikat pengeluar yang berasal dari Russia iaitu UAZ (Ulyanovsky Avtomobilny Zavod).



UAZ-469 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1971 dan mula dihasilkan secara meluas setahun selepas itu.

jip PUBG
UAZ-469

Jip ini dikuasakan oleh enjin 2.5-liter 4-silinder naturally-aspirated, yang mampu menghasilkan sehingga 71hp dan dipadankan dengan transmisi manual 4-kelajuan beserta sistem pacuan semua roda.

Setelah 39 tahun berlalu, UAZ telah memperkenalkan model naik taraf dari UAZ-469 iaitu UAZ Hunter pada tahun 2010.

UAZ Hunter

Model ini pula dibekalkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 2.7-liter yang mampu menghasilkan 128hp dan 201Nm tork dan enjin diesel 2.2-liter yang mampu menghasilkan sehingga 114hp dengan kecekapan bahan bakar yang lebih baik.

Tranmisi 4-kelajuan yang terdapat pada model ini telah diganti dengan transmisi 5-kelajuan yang baru.

Sumber : gridoto.com, motor1.com

Jangan lupa baca artikel terbaru Motoqar di Telegram:

https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here