Tak cukup lampu biasa, kereta ini dipasang dengan 300 lampu LED

2598

Satu pasukan modifikasi dari Russia telah melakukan eksperimen pelik iaitu dengan memasang 300 unit lampu LED (Light-Emitting Diode) pada sebuah kereta.

Dua lampu LED sahaja sudah cukup terang pada waktu malam inikan pula 300 unit lampu LED!

kereta LED



Modifikasi pelik ini telah dilakukan oleh sekumpulan mekanik, berdasarkan video di saluran Youtube Garage54. Video itu telah mendapat 374 ribu tontonan semasa artikel ini dihasilkan.

Proses pemasangan 300 unit lampu LED pada kereta ini sudah tentu agak rumit. Ini kerana mekanik tersebut perlu menebuk lubang sebanyak jumlah lampu LED yang ingin dipasang pada seluruh permukaan badan kenderaan.

Setelah lampu LED tersebut dipasang, mereka mula menguji hasil modifikasi tersebut di jalan raya yang gelap tanpa ada sebarang cahaya.

Seperti yang kami katakan, dua unit lampu LED sahaja sudah cukup untuk menerangi jalan inikan pula 300 unit.

Bukan hanya menyilaukan untuk orang yang melihatnya, pemandu kereta ini juga terpaksa memakai cermin mata bewarna hitam ketika memandu kerana silau.

Selain terganggu oleh cahaya yang menyilaukan, pemandu kereta tersebut juga mesti berwaspada kepada rangkaian kabel LED yang masih terurai dalam ruangan kabin.

Sumber: Youtube 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here