Yamaha Tracer 900GT hadir dengan warna dan grafik baharu, harga tidak berubah

2467

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd terus mengemas-kini barisan model-modelnya untuk 2020, kali ini Yamaha Tracer 900GT menerima warna dan grafik baharu.

Reddish Copper dan Midnight Silver menjadi tambahan kepada pilihan warna sedia ada, dengan harga yang dikekalkan iaitu RM58,888 (atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan).



Tracer 900GT masih dipacu enjin 847cc DOHC 3-silinder yang sama, yang menjana 115PS pada 10,000rpm dan 87.5Nm tork pada 8,500rpm. Output ini serupa pada Yamaha MT-09, cuma kedua-dua motosikal ini berlainan kategori.

Ciri lain pada Tracer 900GT adalah tangki bahan api berkapasiti 18.5 liter, fork depan teleskopik, dan suspensi belakang Link Type.

Yamaha Tracer 900GT kini boleh didapati di pusat jualan Yamaha berdekatan untuk anda melihat dengan lebih dekat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here