Mitsubishi Motors Malaysia perkenal aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect

1524

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi, kini memperkenalkan aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect untuk pemilik kenderaan Mitsubishi di Malaysia.

Mitsubishi Connect

Aplikasi mudah alih boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.



Aplikasi pertama dari Mitsubishi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan digital yang berkaitan dengan kenderaan, antaranya ialah:

  • Memberi kemudahan kepada pemiliknya untuk menjadualkan temu janji dengan pusat perkhidmatan MMM pilihan mereka.
  • Menjejaki sejarah penyelenggaraan kenderaan.
  • Mendapatkan peringatan untuk perkhidmatan kereta mereka yang seterusnya dengan mudah.

Pemilik kenderaan Mitsubishi boleh mendaftarkan satu atau beberapa buah kenderaan di bawah satu akaun.

Aplikasi mudah alih ini juga membolehkan pemilik kenderaan untuk terus berhubung dengan saluran pelanggan Mitsubishi Assist dalam masa 24 Jam. Pemilik juga boleh mendapatkan bantuan kerosakan 24 jam di seluruh Malaysia dan juga perkhidmatan kecemasan sekiranya keadaan tersebut berlaku.

Dengan menekan butang fungsi ‘SOS’ pada aplikasi, lokasi pengguna dapat dikesan dengan tepat menggunakan carian GPS dan perinciannya akan disahkan oleh pegawai khidmat pelanggan MMM yang akan mengirim bantuan dengan segera.

Mitsubishi Connect juga boleh digunakan untuk mencari pusat jualan Mitsubishi yang sah dan pusat servis yang berdekatan, dimana maklumat pusat jualan dalam aplikasi akan membantu para pengguna kenderaan Mitsubishi mendapatkan khidmat dari pusat jualan pilihan mereka.

Selain itu, fungsi lain yang terdapat pada aplikasi ini juga termasuk memberi maklumat terkini kepada pemilik kenderaan mengenai promosi dan berita terkini, mencari maklumat produk dan memuat turun e-Brochures.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here