Mendiang Jessi Combs dinobatkan sebagai wanita terpantas di dunia

1462

Pelumba, mendiang Jessi Combs telah dinobatkan sebagai wanita terpantas di dunia oleh Guinness World Records, setelah dia memecahkan rekod kelajuan untuk kategori wanita tahun lepas.

Jessi Combs

Combs yang berusia 39 tahun, telah meninggal tahun lepas dalam kemalangan yang berlaku semasa acara Alvord Desert di bahagian tenggara Oregon, Amerika Syarikat.



Dia memecahkan rekod dengan mencatat kelajuan sehingga 841.338km/j dalam sebuah kereta berkuasa jet. Menurut Guinness World Records, dia merupakan orang pertama yang memecahkan rekod yang berusia lebih dari 40 tahun tersebut.

Sebelum itu, pada tahun 1976, pemegang rekod sebelumnya iaitu pelumba aksi, Kitty O’Neil telah mencapai kelajuan pada 821.908km/j di tempat yang sama.

Menurut rakan Comb iaitu Terry Madden menerusi akaun Instagramnya, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya tentang pencapaian tersebut kerana “rekod tersebut tidak lagi bermakna kerana dia tiada”.

Jessi Combs

“Tetapi, ianya adalah matlamat yang dia inginkan dan sukar bagi saya untuk melihat keretanya tanpa menangis. Saya amat bangga dengan pencapaiannya. Selalunya, dia bangun awal pagi dan berkata ‘mari kita membuat sejarah’ dan kami mempunya hari yang sangat menakjubkan”, kata Terry Madden.

Combs merupakan seorang legenda dalam industri automotif. Dia merupakan pelumba wanita pertama yang menyertai acara Ultra4 dan pelumba wanita pertama yang bersaing dalam acara The Race of Gentlemen.

Dia digelar sebagai “wanita terpantas dengan empat roda” pada tahun 2013 apabila dia mencatat rekod perlumbaan dengan kelajuan 640km/j pada acara North American Eagle Supersonic Speed Challenger.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here