Range Rover Evoque 2020 kekal hensem dan semakin canggih, dari RM427k

2999

Range Rover Evoque keluaran 2020 diperkenalkan buat pasaran Malaysia dengan dua varian iaitu Evoque and Evoque R-Dynamic.

Harga ditawarkan bagi Evoque dan Evoque R-Dynamic masing-masing pada RM426,828 dan RM475,398.



Kedua-dua varian itu menggunakan enjin 2.0-liter petrol turbo, namun menyalurkan output berbeza.

Bagi varian Evoque, ia menyalurkan 200PS dan 320Nm tork, manakala Evoque R-Dynamic menjana 249PS dan 365Nm tork.

SUV bergaya itu kini dikemaskini dengan beberapa ciri luaran baharu seperti lampu depan dan belakang LED yang lebih nipis serta pemegang pintu ‘flush’.

Evoque baharu itu juga mendapat sistem pacuan semua-roda dengan teknologi Driveline Disconnect yang didatangkan sebagai ciri standard bagi kedua-dua varia berkenaan. Sistem itu bertindak dengan menyalurkan kuasa ke roda belakang sepenuhnya ketika pemanduan untuk mengurangkan kadar cengkaman.

Terdapat juga Terrain Response® 2 yang boleh menyesuaikan gaya pemanduan kenderaan secara automatik supaya sesuai dengan keadaan permukaan laluan.

Bagi varian R-Dynamic pula, ia dipenuhi dengan ciri luaran yang dipertingkatkan dengan kemasan warna tembaga di bampar hadapan dan belakang. Ia juga boleh dikenalpasti dengan sisipan fender depan untuk gaya lebih menarik.

Selain itu, varian ini menjadi model pertama dalam segmennya yang dilengkapi ciri ClearSight Rear View Mirror untuk memberi penglihatan yang lebih jelas untuk bahagian belakang.

Evoque baharu itu juga menjadi model pertama Land Rover dilengkapi ciri Smart Settings yang menggunakan algoritma Artificial Intelligence untuk mengetahui pilihan pemandu.

Sistem itu akan menetapkan pilihan pemandu secara automatik untuk memberi keselesaan seperti posisi tempat duduk dan tetapan media khusus untuk pemandu.

Untuk sistem infotainmen, Evoque baharu didatangkan dengan Land Rover InControl® Touch Pro Duo sebagai ciri standard bagi varian Evoque dan Evoque R-Dynamic. Untuk kualiti bunyi premium, ia mendapat sistem bunyi Meridian dengan 11 pembesar suara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here