Lamborghini perdengarkan ‘suara’ jentera terpantasnya iaitu SCV12

1588

Selain Sián, terdapat hypercar lain yang menyertai barisan model keluaran Lamborghini yang menggunakan enjin V12. Jentera tersebut ialah Lamborghini SCV12.

Lamborghini SCV12

Hypercar ini merupakan jentera yang dikhaskan untuk digunakan di litar sahaja. Lamborghini baru sahaja menyelesaikan program pembangunannya dan akan memperkenalkan SV12 secara rasmi musim panas ini.



Syarikat pengeluar Itali tersebut telah memperkenalkan video terbaru pada saluran YouTube mereka. Video tersebut memaparkan rupa bentuk unik Lamborghini SCV12 dan bunyi ekzos yang dihasilkan oleh enjin V12 yang digunakan.

Hypercar edisi terhad ini disertakan dengan transmisi 6-kelajuan dan mampu menghasilkan sehingga 830hp, hasil dari enjin V12 naturally-aspirated yang disertakan. 

Lamborghini SCV12

Untuk menyesuaikan 830hp yang dihasilkan, bahagian badan dari jentera ini telah diubahsuai untuk menghasilkan lebih downforce dari sebuah jentera perlumbaan GT3. 

Rekaan bentuk badannya telah diubahsuai sepenuhnya, untuk mendorong tekanan udara dinamik yang dihasilkan oleh pergerakan kereta ke ruangan enjin. Spoiler gentian karbon yang besar turut disertakan di bahagian belakang.

Walaupun butiran penuh SCV12 masih dirahsiakan oleh Lamborghini, diharapkan jentera ini disertakan dengan ciri khas, sesuai dengan penampilan dari sebuah Lamborghini. Berdasarkan gambar, reka bentuk lampu hadapan jentera ini masih nampaknya juga masih dirahsiakan oleh pihak Lamborghini.

Lamborghini akan menghasilkan SCV12 di kilang sukan permotoran Squadra Corse di Sant’Agata Bolognese. Masih tidak dinyatakan berapa unit dari jentera ini akan dihasilkan, tetapi menurut Lamborghini, pembeli jentera ini akan menjadi sebahgian dari ‘kelab yang sangat eksklusif. 

Mereka juga akan diberi akses ke program pemanduan khas di litar lumba berprestij, termasuk tunjuk ajar dari Emanuele Pirro, juara lima kali perlumbaan 24 Hours of Le Mans.

Sumber: motortrend.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here