Covid-19: Pameran motosikal antarabangsa EICMA 2020 dibatalkan

1335

Berikutan keadaan global yang kini diserang pandemik Covid-19, pihak penganjur pameran motosikal antarabangsa iaitu EICMA 2020 telah mengambil keputusan untuk membatalkan acara tersebut. 

Pembatalan edisi ke-78 salah satu acara tahunan terbesar ini juga berkemungkinan akan diadakan semula pada tahun 2021.



Pada awal tahun ini, beberapa jenama terkemuka seperti KTM, Husqvarna dan BMW Motorrad telah mengumumkan mereka tidak akan menyertai EICMA 2020 kerana krisis pandemik Covid-19. Hal tersebut merupakan satu petunjuk bahawa pameran motosikal tersebut tidak boleh diadakan pada tahun ini.

Pihak penganjur sebelum ini berkata, mereka akan membuat suatu keputusan berdasarkan keadaan semasa. Jadi sekarang, secara rasmi pameran motosikal tersebut tidak akan diadakan pada tahun ini.

Edisi ke-78 EIMCA telah dijadualkan untuk berlangsung antara 3-8 November 2020 di Milan. Namun, ianya telah dibatalkan dan ditunda pada 3-8 November 2021. Sidang media untuk acara ini akan diadakan pada 9 dan 10 November. 

EICMA 2020

Menurut pihak penganjur, ” Nilai dan kepimpinan antarabangsa dalam pameran kami meyakinkan kami untuk tidak mengambil risiko penularan pandemik Covid-19. Selain itu, tindakan ini bertujuan untuk melindungi seluruh institusi dua roda. Tanggungjawab telah diberikan kepada kami, dan kami bertindak untuk membatalkan acara ini bagi melindungi kepentingan peserta pameran.”

Pada awal bulan ini, pameran motosikal terbesar dan paling dinantikan pada tahun ini iaitu Intermot 2020 telah dibatalkan. Pameran yang dijadualkan berlangsung di Cologne, Jerman pada 6-11 Oktober 2020 telah dibatalkan kerana penularan pandemik Covid-19.

Intermot 2020 telah digantikan dengan pameran dalam talian yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Namun, belum ada pengumuman seperti ini yang berkaitan dengan pameran EICMA 2020.

Sumber: indianautosblog.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here