Jorge Lorenzo kini miliki Lamborghini Aventador SVJ 63 Roadster

3964

Setelah memiliki Pagani Huayra, bekas pelumba pasukan Repsol Honda dalam MotoGP iaitu Jorge Lorenzo kini memiliki satu jentera ikonik keluaran Lamborghini iaitu Aventador SVJ 63 Roadster.

Lorenzo dilaporkan tiba di kilang syarikat tersebut yang terletak di Sant’Agata Bolognese untuk membawa pulang jentera baru yang dimilikinya. Lamborghini Aventador SVJ 63 Roadster mula diperkenalkan pada tahun 2019 di acara Monterey Car Week.



SVJ 63 Roadster merupakan varian Aventador edisi terhad dan paling eksklusif. Menerusi posting di Instagram milik Lorenzo, dia memuatnaik sebuah video dan beberapa gambar, dan turut meluahkan rasa gembiranya memiliki supercar tersebut.

Lamborghini Aventador SVJ63 Roadster

“Sangat gembira dan sangat bersyukur kerana saya diberi peluang untuk memiliki kereta impian yang menakjubkan dan eksklusif ini! Saya tidak sabar untuk memandu di jalan-jalan yang indah di Lugano! Terima kasih banyak untuk layanan yang terbaik pada hari ini,” katanya. 

View this post on Instagram

00 of 63 🔥

A post shared by JORGE LORENZO (@jorgelorenzo99) on

Jentera ini dikuasakan oleh enjin SV V12 6.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 770hp dan 720Nm tork. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 350km/j. 

Sumber: Otasia.com, robbreport.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here