Lamborghini terkenal dengan pengeluaran supercar eksotik dan unik. Walaupun begitu salah satu model keluaran syarikat dari Itali tersebut iaitu Lamborghini Huracan telah digunakan sebagai kenderaan penghantaran.
Kaedah ini digunakan oleh satu pasaraya di Dubai. Apa yang menarik, sebuah Lamborghini Huracan berwarna hijau telah digunakan untuk menghantar buah mangga ke rumah pelanggan mereka.
“Raja (buah mangga) mesti bergerak seperti seorang raja” kata pengarah urusan Pakistan Supermarket, Mohammad Jehanzeb.
Jehanzeb sendiri akan memandu dan menghantar pesanan tersebut, malah menawarkan pelanggannya untuk menjadi penumpang supercar tersebut untuk satu pemanduan singkat.
Walaupun begitu, pesanan minimum sebanyak Dh100 (RM116) diperlukan untuk menikmati tawaran tersebut dan menurut Jahenzeb dia tidak melakukan perkara ini untuk mendapatkan wang.
“Idea ini adalah untuk membuatkan pelanggan kami tersenyum dan merasakan diri mereka istimewa,” katanya.
Dengan cara unik ini, Jehanzeb berkata selain orang dewasa, kanak-kanak juga turut teruja apabila sebuah Lamborghini menghantar mangga ke rumah mereka. Bahkan ada pelanggan yang memesan mangga hanya untuk melihat Lamborghini berada di hadapan rumah mereka.
The #Pakistani supermarket in #Dubai delivered #AnwarRatol and #Chaunsa mangoes to my house in a #Lamborghini pic.twitter.com/d1TkFGeXkN
— Musfir Khawaja (AutoDrift.ae) (@Khawaja_Jeee) June 18, 2020